A SKILL FOR LIFE AND A PERFECT EXERCISE

Acquire the ability to survive in water.

“YOUR DECISION TO PROVIDE YOUR CHILD WITH AN EARLY AQUATIC EXPERIENCE IS A GIFT THAT WILL HAVE INFINITE REWARDS”

academydsa@gmail.com: 013 667 3489 , 013 286 5826

KOSMO - VARIA

VARIA

Renang di Akademi Dolphin


DOLPHIN Academy Swimming turut menyediakan kursus renangan untuk pelajar yang berminat menjadi penyelamat profesional atau atlet renang.

--------------------------------------------------------------------------------


Kemahiran berenang pernah menjadi isu hingga diperdebatkan ramai pihak. Ini kerana kajian mendapati majoriti rakyat negara ini tidak tahu berenang.

Pelbagai kes seperti remaja dibawa arus laut, kanak-kanak lemas di kolam dan orang dewasa pula tidak dapat membantu kerana tidak mempunyai kemahiran itu, menyebabkan pernah ada cadangan renang dijadikan satu silibus wajib di sekolah.

Disebabkan tidak menguasai kemahiran berenang, ramai di kalangan kita fobia sekiranya berada di tasik atau laut.

Apa yang lebih mendukacitakan, ramai yang berasa malu untuk belajar berenang tatkala usia kian meningkat.

Ini kerana selain mungkin ada sindiran sinis seperti 'sudah tua baru hendak belajar berenang', tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang merasakan kemahiran itu tidak penting.

Kalau ada berfikiran sedemikian, maka sampai bila-bila pun tidak akan tahu berenang. Bak kata pepatah; nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Jika anda tidak pandai berenang, masih belum terlambat untuk mempelajari aktiviti riadah itu kerana di Dolphin Swimming Academy, Kompleks Sukan Seremban, menerima pelajar sehingga berusia 60 tahun.

Ketua Pengajar dan Penyelamat Kelemasan Dolphin Swimming Academy, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, akademik yang ditubuhkan sejak enam tahun secara profesional bukan sekadar mengajar cara berenang, tetapi mementingkan aspek pemahaman asas iaitu keyakinan di dalam air dan teknik survival.




--------------------------------------------------------------------------------



"Kita sebagai pelatih di sini mengajar perkara asas iaitu keyakinan di dalam air dan teknik survival bertujuan agar pelajar tahu untuk menggunakan teknik tersebut apabila berdepan masalah di dalam kolam atau laut.

"Sesiapa yang tidak tahu berenang tetapi tahu asas ini, Insya-Allah mereka akan selamat di laut sebelum bantuan kecemasan tiba untuk menyelamat," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kata Abdul Aziz, di akademi tersebut beliau dan rakannya melatih pelajar bermula dari usia 4 hingga 60 tahun.

Setakat ini seramai 160 orang pelajar dari pelbagai usia dan gender belajar di akademik berkenaan.

"Usia bukanlah penghalang bagi sesiapa yang mahu belajar berenang. Saya pernah mengajar seorang wanita berusia 60 tahun dan dia akhirnya tahu berenang," jelasnya.

Lebih menarik, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas renang di sini turut terdiri pelbagai profesion, antaranya doktor, eksekutif bank, anggota polis, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan.

Kata beliau lagi, di akademik tersebut beliau turut menyediakan kursus untuk individu yang berminat mahu menjadi pelatih renang, penyelamat profesional atau atlet renang.

"Untuk pengetahuan umum renang merupakan latihan senaman yang paling baik untuk kesihatan dan ia tidak melibatkan kecederaan berbanding berlari atau bersukan bermain bola sepak.

"Malah, ia juga boleh mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah obesiti," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah masalah-masalah kes lemas dapat dielakkan sekiranya individu terbabit mempunyai asas keyakinan di dalam air dan teknik survival serta renang.

"Apa yang penting sekira berada dalam situasi kecemasan di dalam air, jangan sesekali panik. Badan kita boleh terapung atau timbul sekiranya kita tidak panik.

"Sebenarnya kalau dipelajari teknik ini, ia mudah dan kita boleh terapung sambil baring atau pun keadaan terlangkup. Apabila kita ada keyakinan di dalam air kita tahu untuk bertindak bagi menyelamatkan diri," ujarnya.

Kini Dolphin Swiming Academy dalam perbincangan mahu bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) selepas diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Seremban untuk mempromosi sukan renang bagi melahirkan atlet-atlet renang mewakili pasukan negeri.

Kelas renang dibuka setiap hari bermula 2 hingga 6 petang, manakala kegunaan kolam untuk awam dibuka bermula 6 petang hingga 9 malam.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti renang yang dijalankan di Dolphin Swimming Academy, boleh menghubungi Abdul Aziz di 013-6408 681. - RAIS YEOP JOHARI